NDDA Legacy
Tentang Kami
NDDA LEGACY telah didaftarkan pada 14 April 2021 dengan Nombor Pendaftaran Syarikat 202103130669(CTT0088522-V). Syarikat ini diterajui oleh MADAM DIYAN selaku pengasas yang berkomited untuk meneroka peluang bagi memartabatkan lagi syarikat ini.
Siapa Kami
Syarikat juga mengambil sikap terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan saujana potensi syarikat ini.
Kami menjalankan urusniaga jualan produk kesihatan dan juga servis pemasaran digital.
Kami berjaya membantu ramai usahawan untuk menjalankan perniagaan ini secara digital dan mudah tanpa perlu lagi mengikut perniagaan cara tradisional. Kami membuka peluang keusahawanan digital bagi meraih pendapatan dengan sangat mudah dan terjamin kepada semua golongan yang mahu mengubah taraf kehidupan ke arah yang lebih baik disamping sihat dan bertenaga.
“Kami berazam menjadi antara pelopor bidang ini yang dipercayai dan berdaya maju sejajar
dengan pemodenan teknologi. Syarikat kami meletakkan harga yang berpatutan bagi setiap
perkhidmatan dan produk yang ditawarkan agar dapat memberi peluang kepada pelanggan bagi
mendapatkan produk di syarikat kami secara berterusan. Kami yakin mampu berdaya saing dan
terus melangkah untuk lebih gemilang dalam dunia perniagaan ini.”
Objektif Syarikat
Cabaran di dalam perniagaan ini agak getir namun NDDA LEGACY akan kekal fokus untuk terus berada di dalam persaingan di pasaran. Apa yang menjadi objektif syarikat adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan tidak sama sekali hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. NDDA LEGACY disokong kuat oleh tenaga-tenaga mahir yang mempunyai pengalaman dalam melakukan kerja-kerja berkaitan. NDDA LEGACY juga beriltizam tidak akan hanya menjadi sebuah syarikat yang sekadar menjalani “survival” sebuah organisasi yang tipikal namun kelak akan menjadi “trend setier” di dalam bidangnya. Untuk menuju ke arah demikian, NDDA LEGACY sentiasa akan berada di dalam mod produktif dan dinamik. Budaya kerja di dalam syarikat ini adalah tidak hanya berpuas hati pada “zon selesa”. Kami di NDDA LEGACY akan sentiasa mencabar potensi syarikat untuk terus merintis kejayaan demi kejayaan.
Misi Syarikat
Menghasilkan produk dan servis yang yang berkualit
Memastikan kepuasan kepada pelanggan
Melaksanakan kerja secara professional dan beretika.
Memastikan kerja kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Memastikan kerja-kerja disiapkan dengan kos yang lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti kerja.
Menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada.
Visi Syarikat
NDDA LEGACY berazam untuk memberi perkhidmatan dan mengikut standard piawaian yang ditetapkan dan menghasilkan pelajar yang terbaik dengan kualiti terbaik di samping turut
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Falsafah Kami
Kami percaya kepada keikhlasan, kejujuran dan ketepatan janji.
Kami berusaha melatih dan mengekalkan kakitangan kami di semua peringkat.
Kami sentiasa menjaga reputasi syarikat sebaik mungkin.
Kami komited terhadap keperluan dan kehendak pelanggan.
Kami sentiasa berusaha menambahbaik mutu produk dan perkhidmatan kami dengan menggunakan teknologi terbaru.
Kami memenuhi tanggungjawab korporat kami dengan penuh dedikasi.
Kami percaya kepada konsep kerja berpasukan dan saling melengkapi demi memajukan sesebuah perniagaan
Kami menjalankan kerja dengan penuh amanah dan berusaha memberi yang terbaik buat pelanggan
“…sentiasa mencari kaedah
untuk mempertingkatkan prestasi,
meningkatkan tahap kepuasan
pelanggan dan membentuk pasukan
kerja yang mantap…”
Komitmen Kami
Menjadi sebuah syarikat yang berwawasan dan berdaya saing
Mempunyai pengurusan masa operasi yang efisien dan efektif
Berinovatif serta berintegriti
Mengaplikasi semangat pasukan kerja yang mengutamakan keikhlasan
Memberi kualiti dan kepuasan terbaik terhadap para pelanggan NDDA LEGACY
Kod Etika Syarikat
1. Jujur Melaksanakan Tanggungjawab
Sentiasa berkhidmat dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan amanah tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.
2. Pematuhan Peraturan & Undang-Undang
Adalah menjadi satu kesalahan besar dari segi undang-undang dan agama jika berlakunya rasuah terhadap syarikat ini.
3. Penghormatan Kepada Individu & Masyarakat
Saling hormat menghormati di antara satu sama lain di dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
4. Kepentingan Kualit, Kemahiran & Piawaian
Menjalankan kerja dengan penuh dedikasi yang mementingkan kualiti melalui tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan sentiasa mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pelanggan.
5. Kepentingan Keselamatan & Kesihatan
Sentiasa mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerja dan orang awam.
6. Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar
Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan agar alam sekitar lebih terjaga dan terpelihara dari sebarang pencemaran.